Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Friday, January 13, 2012

Salam Buat Zauj

                                                                
salam buat zauj ku

apa khabar imanmu di sana
adakah masih goyah ditiup bayu dunia
atau sudah kukuh dipasak di dasar hati
doaku agar imanmu membawa kesihatan
doaku agar imanmu menarik hatiku padaNYA
doaku agar imanmu memimpin jiwaku

salam buat zauj ku

wanita dinikahi kerana 4 perkara
harta, keturunan, kecantikan dan agama
andai agama pilihan hatimu
akan ku buka tanda persetujuan
kerana aku takut
andai harta pilihanmu..kelak aku miskin engkau pergi
andai keturunan pujaanmu..aku bukan bangsawan engkau hampa
andai kecantikan dambaanmu..bila usia tua mengintai engkau hambar
namun
andai agama genggamanmu..kekuranganku engkau lengkapi
beruntunglah kedua- dua tanganmu keranaNYA

salam buat zauj ku

dalam untaian istikharah aku mengintaimu
'ya ALLAH andai dia terbaik buatku
sama ada cepat atau lambat
takdirkanlah ia bagiku
permudahkanlah
berkatilah aku untuknya
namun andai dia bukan untukku
jauhkanlah aku daripadanya
dan takdirkanlah kebaikan untukku
dalam sebarang kebaikan'

salam buat zauj ku

walau ada hijab antara kita dariNYA
tanpa bayang
tanpa gurauan
tanpa renungan
andai itu takdirNYA kita akan bersama
untuk terus berjuang dijalanNYA

Tuesday, January 10, 2012

mY bOrndAY TodAy ^_^

Salam ukhwah semua (^_^)

Alhamdulillah... hari ini 10 Januari 2012 aku telah melangkah ke satu lagi angka ke umur yg baru...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa nanak mude selalu je...(boleh ke) :P...ku panjatkan syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk menabur bakti, meningkatkan keimanan, memperbaiki diri agar menjadi lebih baik..insyaallah semoga diberi laluan yg mudah...

Aku jugak nk ucap ribuan terima kasih pade yang wish besday kat aku n sentiasa mendoakan kebaikan aku samada kat henpon, kat fb n kat opis..hehehehe sgt menghargai korang kerana igt jugak besday daku ini...hua3..(^_^) n thanks to kak shima kerana bg adiah..yeayyyyyy!!!!!! ^_^

Meraikan besday kesorangan kerana blom ade pasangannye..!!! sedih en en T_T hihi ngade en!! aku berharap mudah2an tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas..dan sentiasa berdoa akan bertemu kebahagian yang dicari....semoga aku juga dipercepatkan jodoh n bertemu org yg soleh (katanya) dan murah rezki..hihii Insyaallah....

hepy besday to me..!!!! walau byk rintangan yg ku lalui pada hari2 yg lepas..alhamdulillah ia semakin mematang kan diri aku sendiri...aku lebih kuat,tabah n sabar...alhamdulillah....


terus melangkah kehadapan..mencari ketenangan dan keredhaan Illahi 
di dunia dan juga akhirat.. (^_^)

thanks allz
Friday, January 06, 2012
salam syg semua..!! 

heeeeeee bawu nk hupdate blog..... :P bru berkesempatan nk berceloteh ape yg patot.....
maklumla aku bercuti panjang....memg cuti sungguh2 la..p sana p sini..haisshhhhhhh :P
bukan selalu dapat huha huha ngan family......
dlm pade tuh jgk en, asik dapat call je dari one of my partner kt opis...pasal ape lagik
pasal keje laaa......adeiiiiii xdayo den nk nolong......:))
tp cuti aku terisi dgn kenangan2 yg indah la jgk...chehhhhhh hikhikhik
ni insyaallah Raya Cina nk cuti lagik seminggu...
hrap2 bos bagila cuti lagik sementra keje blom byk ni en... hua3....


start je keje on 3 January 2012 aritu....da pon ade keje yg menanti......huhuhuhu semua cam tergesa2 je..adeiii tp alhamdulillah keje semua da siap cuma tunggu je meeting nanti on 10 januari 2012......
lepas tu mungkin akan fly ke Sabah bah untuk memulakan tugas baru bagi 2012 nih......
actualy untuk tahun ni perancangan keje agk padat..cume risau xsempat siap seperti yg dirancang.....xpe2 baru lagik amsuk tahun baru kan...hopefully everyting lancar la.....(^_^)

ini di hari pertame bertugas pada 2012...
semangat en..hahahahahahahaha
eh eh bos da pangiil..nati citer lagik eh....
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
muahhhhhhhh!!!! (^_^)
Thursday, January 05, 2012

Saya tunggu awak.



aku rase aku suke la vid neh...hihihi comel cute2 gitu......~ hehehe
waiting he 4 you....
kadang2 kite da buat yg terbaik untuk membahagiakan org....
hopefully 1 find day aku plak dibahagiakan org...(^_^)

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belumada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas...Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? 'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...