Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Monday, July 02, 2012

17 Jun 2012 kembalinya atok ke Rahmatullah

Salam untuk kalian semua..

Memang lama blog ini kesepian. Atas faktor kesibukan tuntutan kerja dan jugak tiada mood untuk menaip..

Semasa berada di Kuching Sarawak aku telah sedia maklum yg atok telah dimasukkan ke wad pada 13 Jun 2012 kerana penat@asma dan tekanan darahnya telah mencapai 200 lebih (xpasti berapa). Oleh kerana aku berada di Sarawak aku hanya berdoa dari jauh semoga atuk cepat sembuh.... mmg yakin atuk akan sihat dapat kuar wad....sebab biasenya atuk akan kuar masuk wad...

14 Jun 2012 atok masih lalu makan... masih sedar dan bercakap2...ape yg mama cerita la....
15 Jun 2012 atok da xnak makan... keadaan da separuh sedar kerana gula dalam badan hanya tinggal 1 je.. :( atok xde tenaga untuk buka mata pon...pada hari jumaat tu doctor terpaksa masukkan tiub melalui hidung untuk masukkan susu..mama xsanggup nak tengok tp mama dengar atuk cakap sakit..tp xmeronta sebab keadaan dia yang separuh sedar....T_T (sedihnyaaaaa)

16 Jun 2012 hari sabtu aku bertolak balik ke Penang dengan kakak..tp sebelum tu singgah kat Kuantan dulu sebb nak ambik adik n barang dia kat asrama UMP.  Dia dah pon selamat abis belajar....lepas tu terus gerak balik Penang..dalam pukul 5 petang sampai Penang terus pi  hospital Seberang Jaya untuk melawat atok...keadaan masih sama xsedarkan diri..doktor pon da masukkan berapa botol gula tapi masih ditahap sama..gula xmeningkat pon....kesiannya...habis badan bengkak2 sebab byk sgt masukkan air dlm bdn..rasa mcm bengkak2 tu nk meletup...:( nak dengar suara atok....nk sembang dgn atok tp apakan daya..atok masih xsedarkan diri......

17 Jun 2012 hari Ahad...doktor datang check gula..da meningkat da ke 5...semua rasa mcm lega sikit...harap2 atok akan sembuh...lepas solat Zuhur kat surau berdekatan dgn wad..aku mensantaikan diri kat atas katil atuk...duduk betul2 kat tepi pinggang dia sambil membaca newspaper..mama kat kerusi, kakak kat ujung kaki..adik xpegi masa ni sebb nk suruh dia jaga atuk malam....

tiba2 pukul 4 ptg tu dengar atuk mcm tersedak...dada da berombak perlahan...cepat2 suh kakak panggil doc..aku ajar atuk mengucap..semua da teresak2 menangis...mama mcm xpercaya mama igt atuk menguap....Ya Allah kami belum bersedia utk kehilangannya....bila doc check guna mesin utk tgk jantung n nadi..dia cakap boley ajar atuk mengucap da n sape2 nk datang melawat boleyla sebab jantung atuk da semakin lemah....Ya Allah kuatkan hati kami...Ya Allah semoga atuk dengar Kalimah yg aku ajarkan padanya......T_T tepat jam 4.08 minit atuk dah menghembuskan nafasnya yg terakhir....Allah lebih menyayanginya...innalillah... kenyataan yg sgt berat untuk kami semua terima..tiada lagi suara atuk..insan yg banyak menjaga aku masa kecik2...bila aku sakit dia la yg super risau...bila cucu2 sakit arwah yg xtido malam...namun kami sempat menjaga dia selama 2 tahun dia sakit....arwah Atuk masuk meninggal setelah hari ke 5 dia di wad dan bacaan terakhir gula dalam badannya juga 5.....rupanya peningkatan gula dalam badan arwah atuk bukanlah 1 petanda baik untuk kami.....namun kami tetap bersyukur kerana kami di sisinya semasa beliau menghadapi sakaratul maut....kecuali adik aku....kesian dia...pemergian atuk di luar jangkaan kami....

Ya Allah aku rindukan dia..rindu sgt2....Ya Allah redha kan lah kami dgn pemergiannya...tempatkanlah arwah dikalangan org2 yg beriman bertaqwa dan jugak solehah..amin

Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kuala Ketil pada jam 10.50 malam....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...