RINDOO SETIAP SAAT....~ !!
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Wanita Seluruh Dunia sekalian....~ (^_^)
Ku hadiahkan kepadamu....
Wahai wanita yg telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad SAW sebagai RasulNya..
Ku hadiahkan kepadamu....
Wahai wanita yg meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran..
Ku hadiahkan kepadamu....
Wahai Murabbiyah (wanita pendidik) yg berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya...
Ku tujukan pula pada setiap ibu yg mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yg menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka..
terakhir....
ku tujukan kepada setiap wanita yg dirundung kesusahan dan kesedihan....
berbahagia dan bergembiralah dengan jarak yg begitu dekat dengan bimbingan Allah, dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa.
Friday, March 23, 2012
WAHAI HAWA........
HAWA.....................
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah seorang isteri yang dapat meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anak-anakmu sehingga mereka tidak gentar untuk memperjuangankan Ad-Din Allah.
HAWA....................
Andai engkau belum berkahwin,janganlah engkau risau jodohmu,ingatlah janji Allah,bahwa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik (surah An-Nur : 26). Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan mukrim, kerana bermula dari mata turun kehati,maka lahirlah senyuman,dan dikhawatiri nafsu kejahatan yang akan menguasai diri.
HAWA....................
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak memandang wanita melalui keayuan,kemanjaan serta kemampuannya untuk menggoncang iman lelaki,tapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,pribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mukrimnya,kerana dia tidak mau memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mau bermain cinta,kerana dia tau matlamat perhubungan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan yang diredhai.
HAWA....................
Oleh itu,jagalah auratmu,awasilah pandanganmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah imanmu.Andaikata ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan mengisi kekosongan jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa serta keluargamu yang memberi semangat kebahagiaan buatmu.
HAWA....................
Cintailah Allah dengan sepenuh hati dikala susah dan senang,kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah dengan sepenuh hati,cintailah kedua ibu bapa serta keluargamu,kerana engkau tidak akan memperolehi cinta yang bahagia selain dari cinta keluargamu.
HAWA....................
Ingat! Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia,juga menggoncang iman lelaki. Sedarlah akan hakekat kejadianmu.Sabda Baginda s.a.w : "seindah-indah hiasan didunia ini adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) (mujahidah solehah perindu jannah)
shared
Subscribe to:
Posts (Atom)

