Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Friday, August 02, 2013

Cinta Halal Buatku



Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi Allah..
semoga kalian sentiasa dibawah lindunganNya...~

Arini mood nak buat keje dah takde..huhu seperti yang sedia maklum beberapa hari je lagi umat Islam semua bakal menyambut Aidilfitri... (^_^)
Alhamdulillah keje semua dah settle kannn adala masa nk mencoret sesuatu di dalam blog ini...
tapi jangan di lupa..
 dalam 5 hari terakhir Ramadhan ni marilah sama2 kita meningkatkan amal ibadah..kerna kelak Ramadhan pasti dirindui..~
pada yang nak balik kampung berhati-hatilah di jalanraya..tahu! (^_^)

hmmm 
tahun ni masih beraya single nampaknye..:P
Allah masih merahsiakan tarikh bahagiaku..
Ya suatu hari nanti..kerana impianku untuk membina rumahtangga demi mencari keredhaan Allah.. 
ingin berkhidmat untuk zaujku dalam apa jua keadaan susah dan senang..
ingin memperoleh pahala dari setiap amalku..
ingin bersama-sama melayari rumahtangga dengan bahagia hingga ke syurga..
ya ini bukan impianku sorang..semua inginkan yang sama..kan kan kan..heeeee

Namun aku terima setiap ujian n dugaan yang melanda diri
Alhamdulillah sedikit sebanyak membuat diri bertambah kuat..
dan mungkin juga kaffarah dari dosa-dosaku yang lalu..
Alhamdulillah

Ya Allah..

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Mu
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam
 Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah
Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie
 Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid


Ya aku juga perlukan seorang yang boleh aku berpaut kala aku lemah.. yang sentiasa melindungi aku..yang sentiasa bersama aku kala aku susah dan senang..


Insyaallah.. ^_^


Ya aku cinta kamu. hanya kamu. kerana Allah..
Namun Allah lebih mengetahui segalanya.. 
kelak ku pasti...akan ada bahagia..
kerna aku mencari cinta halal...cinta yang bersatu atas restu Allah
sehebat mana kita merancang namun perancangan Allah adalah yang terbaik..

Suami : A, B,C..
Isteri : what ??
Suami : Always Be Careful..
Isteri : Hehe.. then??
Suami : D, E, F, G..
Isteri : .....??
Suami : Don't Ever Forget Girl..
Isteri : Girl..?!
Suami : Hmm... I'm H, I..
Isteri : What H, I ??
Suami : Happily Inlove..
Isteri : So... ??
Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me..
Isteri : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??
Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall
Treat U Very Well Xcept me Your Zauj...
Isteri : :-) ♥
#Cinta Halal itu Sweet kan?

Zauj = Suami. 
#seindahcintaislam 

~KEKUATAN MANUSIA ITU PADA HATINYA..HATI MANUSIA ITU MILIK ALLAH~
Thursday, July 25, 2013

Hazama Relakan Jiwa









Mari layan lagu ini..sgt tacink, sgt cool, n sentimental..
sob sob sob T_T
memang tertusuk kalbuku..

ku relakan jiwa
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu... :(

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan Day 15

Assalamualaikum sahabat2ku..

Hmmmm..
Pejam celik. Pejam celik. Sedar tak sedar kita semua dah berpuasa pada hari ke 15..dah setengah bulannn puasa... Alhamdulillah...
masih diberi kesempatan dan kekuatan dalam melakukan Ibadah kepada-Nya..
dan moga kita terus mengambil peluang pada bulan yang penuh keberkatan ini untuk terus mendidik hati dan jiwa menjadi hamba yang bertaqwa..
 dan teruslah
 Istiqamah dalam mengejar pointer fasa-fasa Ramadhan..
 (Fasa Rahmat,  Fasa Pengampunan dan Fasa Pembebasan Api Neraka)

 Fasa pertama dah pun berlalu..berbahagialah mereka yg berjaya melaluinya dgn sempurna..
 now kita dah berada di fasa kedua..
Amatlah rugi pada mereka yang terus alpa pada nikmat duniawi.. tanak tanak tanak!!..
nilah masanya nak mohon keampunan pada Yang Esa..Terus dekatkan diri pada-Nya..
 tahu!! (^_^) dan teruskanlah pada fasa berikutnya..

tapi cepatttt sgt masa berlalu kan kan kan...
Ramadhan is going way too fast.. =(
 sedih pulak...~


"Barang sesiapa yang yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu"

[HR Al-Bukhari: 38, Muslim: 175]



Lagi 2 minggu umat Islam nak sambut Aidilfitri.. lagu raya pun dah berkumandang kat radio..huhuhu
tapi Ramadhan masih belum sanggup kita tinggalkan...
 ingattt apa yg kita buat kena Istiqamah tidak hanya pada bulan Ramadhan sahaja..teruskanlah pada bulan-bulan yang lain...tahu!! hehehe
Alhamdulillah...Good 

~MENCARI LAILATULQADAR~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...