Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Monday, April 09, 2012

Allah SWT Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah SAW.

'Amir Bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunailkan solat dua rakaat. maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yg agak panjang kepada Allah SWT..... Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : " aku telah memohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu dia cuma memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.

3. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang...apakah ini yang kita mahu????
renung-renugkannnn.......~

0 jejari budak comel menari nari:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...