Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Thursday, March 29, 2012

Mencari Seorang Imam....


Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan sebab hebatnya kepimpinan. 

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.  

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. 


Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.  

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. 

 Sungguh....
 Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. 

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. 

Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. 

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.  

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Kalau kita yg pilih imam kita, pasti byk cacatnya.
Tp kalau Allah yg pilih, itulah yg terbaik.
Jd, pohonlah kpdNya selalu, ingatiNya selalu,
maka Allah akan ingat kita...hambaNya.
Hanya dgn izinNya.

~shared~

0 jejari budak comel menari nari:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...