Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Klik Untuk Belanja Saye :P

Friday, March 23, 2012

WAHAI HAWA........


 
HAWA..................... 
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah seorang isteri yang dapat meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anak-anakmu sehingga mereka tidak gentar untuk memperjuangankan Ad-Din Allah. 

HAWA....................
 Andai engkau belum berkahwin,janganlah engkau risau jodohmu,ingatlah janji Allah,bahwa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik (surah An-Nur : 26). Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan mukrim, kerana bermula dari mata turun kehati,maka lahirlah senyuman,dan dikhawatiri nafsu kejahatan yang akan menguasai diri. 

HAWA.................... 
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak memandang wanita melalui keayuan,kemanjaan serta kemampuannya untuk menggoncang iman lelaki,tapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,pribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mukrimnya,kerana dia tidak mau memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mau bermain cinta,kerana dia tau matlamat perhubungan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan yang diredhai. 

HAWA.................... 
Oleh itu,jagalah auratmu,awasilah pandanganmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah imanmu.Andaikata ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan mengisi kekosongan jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa serta keluargamu yang memberi semangat kebahagiaan buatmu.

HAWA.................... 
Cintailah Allah dengan sepenuh hati dikala susah dan senang,kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah dengan sepenuh hati,cintailah kedua ibu bapa serta keluargamu,kerana engkau tidak akan memperolehi cinta yang bahagia selain dari cinta keluargamu. 

HAWA....................
Ingat! Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia,juga menggoncang iman lelaki. Sedarlah akan hakekat kejadianmu.Sabda Baginda s.a.w : "seindah-indah hiasan didunia ini adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) (mujahidah solehah perindu jannah)




shared

0 jejari budak comel menari nari:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...